Mana satu yang tinggi kolesterol? |
Kolesterol adalah sejenis bahan di dalam badan yang dihasilkan oleh hati dan juga boleh di dapati pada haiwan. Tumbuhan tidak mempunyai hati oleh itu mereka tidak mempunyai kolesterol. Apabila makanan berkolesterol di makan, kolesterol akan diserap di usus dan dibawa ke hati. Kolesterol tidak dapat bergerak di dalam saluran darah kerana ia tidak larut di dalam darah. Oleh itu, sejenis protein (phospolipid) yang larut di dalam darah akan bergabung dengan kolesterol agar kolesterol boleh bergerak dan dibawa ke hati untuk diproses. Protein ini adalah umpama kereta membawa penumpang (kolesterol).
hati juga hasilkan kolesterol sendiri dari bahan-bahan lain |
Sampai di hati, kolesterol akan diproses menjadi hempedu, hormon, HDL, LDL dan banyak lagi untuk keperluan badan. Kolesterol sangat penting untuk menghasilkan hormon dan sebagai bahan asas utama dalam pembentukan dinding sel
KOLESTEROL + PROTEIN PEMBAWA Merah (bentuk kacang): Kolesterol. Kuning: Lemak. Biru: Phospholipid/protein (Kolesterol yang tak larut dalam darah di'simpan' dalam protein (kereta) |
Dua jenis kolesterol yang sangat popular dan sentiasa disebut-sebut ialah LDL (Low Density Lipoprotein) dan HDL (High Density Lipoprotein). LDL dan HDL bukanlah sejenis kolesterol tetapi gabungan protein pembawa (kereta) dan kolesterol. Jangan lupa, tanpa protein pembawa, kolesterol tidak boleh larut di dalam darah sekaligus tidak boleh dibawa ke hati dan seluruh badan.
LDL berfungsi untuk menghantar kolesterol ke sel-sel di seluruh
badan. HDL pula bertindak untuk mengutip kolesterol lebihan yang tidak
diperlukan oleh sel pulang semula ke hati untuk disimpan sebagai kegunaan masa
hadapan.
Nama popular LDL adalah kolesterol jahat. LDL dicemuh
sedemikian kerana fungsinya yang menghantar kolesterol ke seluruh badan.
Asalnya ia baik. Tanpanya, bagaimana badan hendak mendapat kolesterol dari hati
untuk membuat dinding sel? Tanpa sel, badan tidak akan berfungsi! Namun begitu,
jika tahap LDL sangat tinggi di dalam darah, ia akan ‘menggila’ dengan
menghantar banyak kolesterol ke seluruh badan sehingga berlebihan di saluran
darah. Kolesterol akan berkumpul dan mengeras menjadi plak pada dinding saluran
darah, menyebabkan saluran sempit dan tersumbat - proses Atherosclerosis. Ini akan
meningkatkan risiko sakit jantung!
Proses Atherosclerosis - meningkatkan risiko sakit jantung |
HDL pula dijolok dengan nama kolesterol baik sudah tentu kerana fungsinya yang ‘baik hati’ mengambil lebihan kolesterol di saluran darah untuk dibawa pulang semula ke hati. HDL bertindak seperti Majlis Perbandaran membersihkan sel dan saluran darah daripada kolesterol berlebihan. Dengan itu, risiko saluran darah tersumbat pun akan menurun.
Jika kadar LDL tinggi di dalam darah, risiko sakit jantung
dan darah tinggi akan meningkat. HDL tinggi pula akan menurunkan risiko tersebut. Anda
boleh periksa kadar kolesterol anda di hospital dan klinik kesihatan yang
berdekatan.
Bagaimana pula kadar HDL dan LDL seseorang boleh berbeza? Ada banyak sebab. Tapi yang paling utama sudah tentu cara pemakanan dan gaya hidup.
Bagaimana pula kadar HDL dan LDL seseorang boleh berbeza? Ada banyak sebab. Tapi yang paling utama sudah tentu cara pemakanan dan gaya hidup.
Berikut adalah makanan dan aktiviti yang meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat) di dalam darah:
·
Bersenam; Berjalan kaki, berjoging, berbasikal (20-30 minit setiap hari)
·
Berhenti merokok
· Makan lebih banyak sayur, buah-buahan, kekacang
(buncis, sayur kacang, soya), oat
·
Ikan (cth: Salmon) atau sebarang makanan yang mengandungi
omega 3
Makanan yang meningkatkan LDL (kolesterol jahat) di dalam darah:
·
Makanan yang mengandungi trans lemak (trans fat)
yang tinggi seperti; marjerin, mi segera, donut (cth: Big Apple, Dunkin Donut
etc), keropok (Mister Potato, Twisties), kek, biskut manis, gula-gula, krimer,
sos thousand island.
· Makanan berkolesterol tinggi; Daging, kuning
telur, udang, ayam + kulit ayam, hati
· Makanan tinggi dengan lemak tepu (saturated fat);
Butter, whip cream, kacang goreng, snek, keju
baca label makanan dan banding dengan produk lain |
Sentiasalah baca label makanan semasa memilih produk dan pastikan trans lemak, kolesterol dan lemak tepu tidak tinggi. Banding beberapa produk dan pilihlah produk yang rendah untuk 3 jenis lemak itu.
Walaubagaimanapun.. janganlah bersedih, tidak semestinya makanan berlemak diatas langsung tidak boleh dimakan. Makanlah apa-apapun yang penting kurangkan pengambilannya.
‘Makan apa saja dalam jumlah yang sikit tetapi sepanjang hidup’ itu lebih baik daripada ‘Makan apa saja selagi boleh nanti sakit dah tak boleh makan sesuka hati dah’.
Pening? Baca slow-slow.
Sumber:
Good vs. Bad Cholesterol
The Rules of Lowering Cholesterol
10 High-Cholesterol Foods to Avoid
Understanding Cholesterol
What Causes High Blood Cholesterol?
Top 10 Foods With Trans Fats
Ohh.. ingatkan kolestrol tu sume jahat..makanan yang meningkatkan LDL tu sume sedap2. hahaaa
ReplyDeletebetul. yang sedap2 tu lah yang buat cepat sakit
Deleteperkongsian yg berguna. tertarik dengan ayat ni:
ReplyDelete"Makan apa saja dalam jumlah yang sikit tetapi sepanjang hidup’ itu lebih baik daripada ‘Makan apa saja selagi boleh nanti sakit dah tak boleh makan sesuka hati dah"
malangnya, kebanyakan orang sekarang mengamalkan prinsip :
"eat what ever you wanted to eat. you'll die young but you'll die happy"
makan secara sihat itu lebih menggembirakan. Malangnya tak ramai sedar
DeleteJika dah serius terpaksa ambil ubat kolesterol
ReplyDeleteOleh sebab itu, pencegahan awal sangat penting
Delete