Pages

12 July 2013

Mengapa Saya Selalu Mengalami Ulser Mulut?



Setiap daripada anda pasti pernah luka di bahagian dalam pipi, bibir, lidah, bawah lidah atau lelangit. Luka berbentuk bujur atau bulat; putih di tengah dan kemerahan di tepian luka. Ia dikenali sebagai Canker Sore dalam bahasa Inggeris atau secara medikalnya dikenali sebagai Aphthous Stomatitis. Sudah tentu, ia berasa sakit dan mengganggu anda ketika makan atau bercakap.

Walaubagaimanapun, penyakit ini tidak memberi kesan bahaya kepada organ lain seperti kanser. Ia juga bukanlah akibat jangkitan kuman dan bukan pula penyakit yang berjangkit. Menurut statistik, wanita lebih kerap mendapat ulser berbanding lelaki. kekerapan berlakunya ulser juga akan berkurangan apabila umur mencecah 40-an.



Sebahagian orang jarang mendapat Aphthous Stomatitis dan apabila berlaku, ia cepat hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Ada pula yang mengalaminya setiap masa dan agak lambat sembuh. Mereka ini sedang mengalami Recurrent Aphthous Stomatitis (RAS). Punca sebenar penyakit ini masih belum pasti lagi.

Namun begitu, beberapa sebab dan kemungkinan boleh membawa kepada RAS:
  • Sistem imun badan yang abnormal; menyerang sendiri bahagian dalam mulut dan pelbagai lagi faktor lain seperti sistem imun lemah dll.
  • Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)
  • Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain
  • Stres akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir
  • Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi
  • Haid dan perubahan hormon yang mendadak
  • Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak
  • Bahagian dalam mulut/lidah tergigit, terkena makanan yang tajam atau memberus gigi dengan kasar
Bagaimana hendak mengubati Aphthous Stomatitis?

Setakat ini, tiada penawar yang dapat mengubati serta merta. Namun, pelbagai ubat boleh didapati di farmasi untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Ia akan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari (tidak lebih 10-12 hari). Jika anda menjaganya dengan baik, proses penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat.

Antara ubat penahan sakit untuk ulser mulut
Pastikan anda mengikuti tips berikut apabila anda mempunyai ulser;
  • Elak memakan makanan yang panas, pedas, masam (minuman), masin atau keras yang boleh menyakitkan luka dan melambatkan proses penyembuhan
  • Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelak ulser tersentuh dengan kasar dan menyebabkan pendarahan. Anda juga disarankan menggunakan cecair pembersih mulut (cth: Listerine) jika memberus gigi menyakitkan.

Beberapa langkah pencegahan (atau sekurang-kurangnya mengurangkan kekerapan ulser itu muncul) yang boleh diikuti;
  • Pelbagaikan makanan dalam diet anda setiap hari terutamanya yang kaya dengan vitamin B6 (cth: ayam, ikan, sayur berwarna hijau gelap, betik), vitamin B12 dan zat besi (cth: daging, ikan, ayam, sayur, susu, soya) serta asid folik (cth: buah, sayur, bijirin, kekacang).
  • Cuba untuk gunakan produk ubat gigi yang bebas daripada SLS. Antara produk bebas SLS di Malaysia adalah Sensodyne.
  • Anda juga disarankan untuk flos gigi setiap hari, gosok gigi dengan lembut, disertai dengan pembersihan mulut menggunakan cecair pembersih seperti Listerine untuk kebersihan gigi yang total. Mulut kurang bersih menyebabkan bakteria di dalam mulut menyerang ulser anda dan menyebabkan ia teruk dan lambat sembuh
  • Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 1990, oren, tomato, kacang, terung, teh dan minuman kola antara makanan yang boleh menyebabkan ulser muncul. Nanas dan minyak kayu manis juga turut mempunyai kaitan

Tips diatas hanyalah antara cadangan yang boleh dilakukan dan dilaporkan berkesan oleh sebilangan pesakit. Namun begitu, tiada kajian makmal yang dapat membuktikan secara tepat keberkesanan langkah pencegahan ini.

PERHATIAN: jika ulser anda tidak sembuh lebih daripada 3 minggu, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih dalam kerana dikhuatiri ulser tersebut berkemungkinan komplikasi daripada penyakit lain yang berbahaya seperti kanser.

Sumber:
Registered Dental Hygienist Magazine (RDHmag): Recurrent aphthous stomatitis

11 comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian. Saya dan keluarga sering terkena ulser mulut. rasanya disebabkan oleh warisan turun temurun juga. Akan menggunakan ubat gigi yang betul selepas ni. Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama cik Nor Hanim. Terima kasih membaca blog ini

      Delete
  2. Terima kasih untuk ilmu yang dikongsikan, saya pun dulu kerap terkena ulser mulut ni..alhamdulillah, sekarang dah kurang dan jarang sangat kena..mungkin sebab ada mengambil pelbagai suplemen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama atie. Alhamdulillah. Mungkin anda boleh kongsikan suplemen apa yang diambil

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian dan penerangan yg lengkap...

    ReplyDelete
  4. Sy prempuan . Umur saya 17 tahun . sejak kecil lagi saya setiap bulan slalu dapat ulser , saya selalu merengek sebab dah tak tahan sakit pada bibir dan saya memang tak suka merengek. Saya banyak buat searching dekat google , tapi saya belum tahu jugak kenapa saya setiap bulan mesti kena ulser . saya tak suka , sebab sakit sangat :''''(( Alhamdulillah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik kena makan secukupnya. makan lengkap (sayur, protein, nasi) terutamanya daripada ikan, ayam, daging. Gunakan ubat gigi yang betul dan cuba utk amalkan tips2 di atas. insyaAllah

      Delete
  5. Luka dlam mulut akibat tercucuk berus gigi ketika gosok gigi. Adakah ia sama ulser?? Nk telan air liur sakit sgt, apathlagi nk telan makanan. Allaah je tahu peritnya. Ada tk cara aatau ubat utk msalah ni. Dh dekt seminggu.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih at as tips yg di bg...tunang saya Daa bpe lama mengidap ulcer nie...knkadng kesian dgn die sbb nk menahan pedih n sakit...sampaii brckp pon xnk...xseceria dlu...insyallh Sy akn bgtau tips2 yg awak kongsi kn ni kpada die...harap Sy dapt mmbnto untuk ksmbuhan die....

    ReplyDelete
  7. Hampir setiao bulan dpt ulser #xthuknpe

    ReplyDelete