01 September 2014

Berita: Soal Jawab dengan Pakar Pediatrik Malaysia secara Percuma!



Dua pakar kesihatan kanak-kanak atau pediatrik telah membuka website khas untuk ibu bapa yang mempunyai sebarang keraguan tentang masalah kesihatan anak-anak mereka.


Segelintir ibu bapa mungkin akan membawa anaknya serta merta ke klinik jika anak mereka memberikan tanda-tanda awal kurang sihat, namun sebahagian ibu bapa tidak akan membawa anak mereka ke klinik sehinggalah anak mereka benar-benar menunjukkan tanda sakit.

Menurut konsultan pediatrik yang juga merupakan pengasas kepada laman web DoktorBudak.com; Dr. Zahilah Zulkifli dan Dr. Foo Chee Hoe, kelewatan membawa anak yang kurang sihat ke klinik kadangkala boleh menyebabkan kematian. Alasan tidak tahu bukanlah sesuatu yang boleh diterima dengan mudah sekiranya ia berkaitan dengan kesihatan anak anda.



Laman web yang dilancarkan Julai tahun lepas, lebih mengutamakan kaedah pendekatan Soal Jawab dengan para pembaca tetapi turut memuat naik artikel-artikel kesihatan yang berkaitan. Ibu bapa boleh memberi soalan dalam bahasa Melayu atau Inggeris ke laman web tersebut dan ia akan dijawab oleh pakar-pakar pediatrik yang bertauliah. Setakat ini terdapat 25 sukarelawan yang menulis di dalam laman web ini yang terdiri daripada doktor-doktor pediatrik, doktor gigi, pakar psikologi kanak-kanak, pakar bedah, pakar nutrisi dan banyak lagi.

Pendekatan ini boleh meningkatkan pengetahuan ibu bapa tentang hal-hal kesihatan kanak-kanak daripada sumber yang boleh dipercayai. Mereka boleh mengesan kesakitan anak mereka lebih awal seterusnya dapat mengelakkan anak mereka sakit lebih teruk.

Namun begitu, laman web ni tidak seharusnya dijadikan sebagai alat utama untuk mengesan kesakitan anak anda. DoktorBudak.com hanya memberi pencerahan kepada perkara yang ibu bapa tidak pasti bukan memberi tauliah kepada ibu bapa untuk merawat sendiri anak mereka. Berjumpalah secara terus dengan doktor sekiranya anak anda benar-benar sakit.

Jom ke laman DoktorBudak.com

Sumber: 
TheStar: At your service - Paediatricians set up site to help parents

8 comments:

  1. Alhamdulillah, banyak info yang kita boleh dapat dari page mcm ni. Lagi lagi parents skang ni generasi Y memang advance. Kadang2 ilmu yg ada mengalahkan doktor pulak hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sekarang zaman IT, semua di hujung jari. Apa-apa utamakan dahulu nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa daripada internet :)

      Delete
  2. Hi, doktor. Saya mempunyai anak yang berusia 12 tahun . Gigi susu gerahamnya berlubang . Pertanyaan saya , adakah perlu menampalnya atau cabut gigi susu geraham itu terlebih dahulu? Harap doktor bolel menjawabnya . Sekian , terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi puan. saya sarankan puan berjumpa terus dengan doktor gigi bertauliah yg berdekatan kerana mereka lebih pakar dalam menentukan jenis rawatan sesuai dengan anak doktor. Cepat2 jumpa jgn sampai jangkitan teruk berlaku

      Delete
  3. saya ada soalan berkenaan ank sy yg berumur 4 tahun.apabila menonton tv atau dlm kereta.dia akan sengetkan kepala dan pandang dengan ekor mata.kerap saya nampak dan tegur.cuma yg merisaukan saya.kekerapan itu ketara dlm beberapa hari ini.perlukah saya bawa dia berjumpa pakar kanak2?atau ke pakar mata?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi puan, saya faham tentang kondisi itu tapi saya bukanlah doktor bertauliah. Untuk kepastian lebih lanjut, sebaiknya berjumpa denga pakar paediatrik. Atau, puan mungkin boleh hantar soalan ini ke website tersebut. Page FB 'Masyarakat Kena Tahu (Ori)' pun ramai doktor2 pakar boleh membantu. InsyaAllah.

      Delete
  4. Setelah sebulan mncabut gigi,luka belom pulih dan ada benjolan keluar bekas gigi tersebut..apa sebenarnya yang terjadi doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sarankan untuk berjumpa doktor gigi yang mencabut gigi encik. Takut ada jangkitan kuman

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...