25 April 2013

Susu itu Hebat

 
Apabila ke pasaraya, berkotak-kotak susu kotak di atas rak yang berbentuk kotak. Ada yang berperisa coklat, strawberry, kopi atau susu sahaja. Ramai orang (dewasa terutamanya) tidak suka meminum susu walaupun semua tahu bahawa susu itu sangat baik untuk tulang. Mungkin kerana rasanya yang muak dan membosankan.


Susu merupakan sumber utama kalsium; penting untuk tumbesaran pada kanak-kanak dan pembentukan tulang yang kukuh bagi orang dewasa. Dengan bantuan Vitamin D daripada cahaya matahari, penyerapan kalsium di dalam usus lebih berkesan! Sebaliknya, jika susu diminum bersama teh atau kopi (tinggi kafein), penyerapan kalsium akan terganggu.

Apakah produk susu yang terdapat di pasaran? Jom kenali mereka!

1.  Susu UHT (UltraHigh Temperature Milk)

·        Dihasilkan melalui proses ultra-pempasteuran; Susu dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi  (135 C – 149 C) dalam masa yang singkat iaitu 2-4 saat sahaja. Kemudian, susu terus disejukkan, dibungkus dan disterilkan (bungkusan distim supaya kuman mati)

mesin pempasteuran. BESAR!

·        Suhu tinggi sangat penting untuk membunuh kuman di dalam susu tetapi harus dipanaskan sekejap sahaja untuk mengelakkan susu itu berketul-ketul
·        Jika kotak susu tidak dibuka, susu UHT boleh tahan di luar peti selama 3 bulan.
·        Rasanya lain sedikit, lebih putih dan lebih mahal kerana tiada bakteria!

2.  Susu Skim (Skimmed Milk)
·        Hampir kesemua lemak dalam susu dibuang (lemak terkandung kurang daripada 0.5%)
·        Rasa susu sangat kurang. Tak sedap. Hehe

3.  Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
·        50%-60% lemak dalam susu dibuang. Ada rasa sedap sikit lah.

4.  Susu Cair (Evaporated Milk)
·        60% air disingkirkan

 
5.  Susu Pekat Manis (Condensed Milk)
·        Proses sama seperti Susu Cair tetapi 40% gula di tambah; Lebih manis.

6.  Susu Tepung
·        Kesemua air disingkirkan untuk meningkatkan jangka hayat

7.  Whip Cream
·        Merupakan susu yang mempunyai banyak titisan lemak; 36% lebih banyak lemak daripada susu biasa
·        Mengandungi banyak vitamin A tetapi kurang kalsium separuh berbanding susu penuh krim.
·        Cara mengasingkan krim dari susu: Susu mentah segar dari ladang (raw milk) di tinggalkan dlm bekas tinggi semalaman pada suhu bilik. Krim akan terapung di permukaan dan akan dikumpulkan

krim terapung atas susu 

8.   Mentega (Butter)
·        Dihasilkan daripada krim yang digoncang dan dikacau
·        Akhirnya krim terpisah kepada cecair dan pepejal mentega

krim digoncang atau dikacau

9.   Minyak Sapi (Ghee)
·        Dihasilkan melalui pencairan mentega dibawah suhu yang sederhana. Minyak yang terhasil akan dikumpulkan manakala ketulan susu akan dibuang.

minyak dikumpulkan, ketulan susu dibuang
  
10.  Yoghurt 
·        Terhasil melalui pembekuan susu - susu membeku kerana aktiviti bakteria dalam susu
·        Campuran pelbagai jenis susu bersama BAKTERIAAAA
·        Proses yang sedikit complicated[klik]

11.  Keju


·        Susu mempunyai dua protein; Curd (pepejal) dan Whey (cecair)
·        Apabila susu dipanaskan, dicampurkan dengan enzim Rennin dan cuka dan dibiar lama untuk beberapa jam, susu akan terpisah kepada Curd dan Whey
·        Pepejal susu (Curd) akan terhasil manakala Whey akan dibuang. Curd itulah dijadikan keju.


curd (pepejal kuning), whey (cecair putih)
Sebenarnya, ada banyak lagi jenis susu produk yang lain! 
Kalau mahu lebih terperinci, boleh google!
Apa yang penting, tahu beza jenis susu di pasaran!

Susu adalah ciptaan Allah yang sangat hebat! mempunyai banyak khasiat dan mengenyangkan. Rasulullah bersabda; "Tidak ada sesuatu yang boleh berfungsi sebagai makanan sekaligus minuman melainkan susu" [Riwayat At-Tarmizi dan Ahmad]


Allah juga menukilkan di dalam Al-Quran tentang kekuasaanNya menciptakan susu yang sedap dan mudah diminum berbanding buah-buahan atau tumbuhan lain yang perlu diproses dahulu untuk mendapatkan jusnya. Subhanallah!

 
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.(Al-Nahl 16:66)

Sumber:
Kuliah 'Milk' oleh Pn Suwaibah, UIAM Kampus Kuantan
http://eatinonthecheap.com/2011/08/10/separating-the-curds-from-the-whey-cheese-making/
http://www.wikihow.com/Make-Yogurt 
Rusydi Ramli Al-Jauhari. Biografi Agung Rasulullah. p.190. mustread publication

23 April 2013

Telur Busuk



Sebiji telur mempunyai 5.8g lemak, 5.2g terdapat pada kuning telur dan selebihnya terdapat pada putih telur. Jadi kita tahu kuning telur mempunyai lemak yang sangat tinggi! Kualiti sesebuah telur menurun sementelah ia keluar dari perut ayam. Oleh itu, cara dan tempoh penyimpanan menjadi faktor kesegaran telur ayam.

Telur mempunyai rongga yang mikro kecil agar anak ayam yang sedang membesar itu dapat bernafas. Semakin lama telur itu, semakin besar rongga pada telur. Ini menyebabkan bakteria daripada luar senang masuk ke dalam telur dan berkampung di dalam dan menyebabkan keracunan makanan. Selain itu, air daripada putih telur pula akan tersejat dan menyebabkan berat telur berkurangan. Ruang udara (air space) dalam telur juga membesar kerana putih telur yang berkurangan.


Membran/lapisan pada telur yang melekat pada kulit telur (shell) juga akan terlepas apabila ia semakin lama. Ini menyebabkan putih telur itu lebih tersebar berbanding telur segar.

putih telur lama lebih tersebar (spread out)


Selain itu, telur yang disimpan sehari di luar peti sejuk lebih cepat hilang kesegarannya berbanding menyimpan telur seminggu di dalam peti sejuk

Bagaimana nak tahu telur itu sudah lama?
Beberapa tips untuk mengetahui kesegaran telur. 


1.      Telur yang segar mempunyai putih telur yang kental dan membulat cantik (apabila dipecahkan) manakala putih telur yang sudah lama lebih cair dan tersebar (spreading out). Kuning telur pula berada di tengah telur dan lebih tinggi sebaliknya ia berada di luar pusat dan leper jika telur itu lama.


2.     Rebus telur dan kupas. Sekiranya ruang udara di atas telur itu besar, bermakna telur itu sudah lama 


3.     Rendam telur di dalam bekas yang besar. Sekiranya telur tenggelam melintang di dasar bekas/balang, bermakna telur itu masih segar. Sekiranya telur itu menegak dan terapung, telur itu sudah lama kerana sudah kekurangan berat akibat penyejatan air.



Baik. Saya ingin bertanya satu soalan. Mana dulu Allah ciptakan. Telur atau ayam?

Jawapannya adalah ayam. Allah menciptakan dahulu makhluk di bumi bukan biji bijian dan telur-telur. Begitu juga manusia. Allah menciptakan Nabi Adam a.s sebagai seorang manusia yang sempurna bukan bayi kecil yang masih tidak tahu apa-apa.



Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(An-Nuur 24:45)
 
Hal ini terbukti seperti yang dilaporkan MailOnline, para penyelidik, antaranya Dr. Colin Freeman daripada Jabatan Jurutera dan Bahan (Department of Engineering Materials), Universiti Sheffield, London mendapati pembentukan kulit telur bergantung kepada satu protein yang hanya ditemui di dalam ovari ayam.

Ini bermaksud, telur hanya boleh terbentuk jika berada di dalam ayam. Protein yang disebut ovocledidin-17 (OC-17) bertindak sebagai katalis/enzim untuk mempercepat pembangunan kulit telur itu.

Cengkerang keras penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur. Para saintis dari universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk men-'zoom in' pembentukan telur. Komputer yang disebut HECTOR itu mendedahkan OC-17 penting dalam memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.



Subhanallah. Selamat memakan telur yang segar!

Sebarang persoalan boleh komen! ^^

Sumber: 
Kuliah 'egg' oleh Puan Suwaibah, UIAM Kampus Kuantan
http://www.deliaonline.com/how-to-cook/eggs/how-to-tell-how-old-an-egg-is.html
http://www.sheknows.com/food-and-recipes/articles/4754/how-long-do-eggs-stay-good-in-the-refrigerator 
http://www.nydailynews.com/news/world/chicken-egg-chicken-researchers-article-1.464198
http://virtualfriends.net/discussion/thread.cfm?TID=101291
http://mforum3.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=679548

Racun Dalam Makanan

bakteria sebenar pada makanan

Makanan yang kita makan setiap hari sebenarnya mengandungi beribu bakteria. Ini tidak dapat dielakkan kerana kuman-kuman dalam makanan ini tidak dapat dibasmi dengan mudah kerana mudah bergerak di dalam air dan udara. Sekiranya kebersihan semasa penyediaan makanan diabaikan, bakteria penyebab penyakit yang berbahaya (pathogen) akan membiak. Toksik yang dilepaskan oleh pathogen itulah menjadi racun dalam makanan

Syukur Alhamdulillah Allah menyediakan cecair yang sangat berasid (seperti asid yang disimbah penjenayah ke muka mangsa) di dalam perut kita untuk membunuh bakteria itu. Oleh sebab itulah kita tak sakit perut walaupun kita memakan makanan yang terjatuh di atas lantai. Bukan kerana bakteria itu tak sempat naik ke atas makanan okay. Tapi, tak semua bakteria mati hanya dengan asid  di dalam perut. Hal inilah yang membawa kepada keracunan makanan

Sebab itulah makanan perlu dimasak sebelum dimakan. Selain untuk kesedapan, memasak itu penting untuk membunuh bakteria di dalam makanan. Dalam kata lain, haba yang tinggi (70 C ke atas) menghentikan pembiakan dan membunuh pathogen di dalam makanan

Alat Pemanas; Bain Marie


Pernah lihat Bain Marie dalam kedai makanan? Alat ini sangat penting bagi memastikan suhu makanan sentiasa di atas 70 C. Makanan yang panas bukan untuk kesedapan sahaja tetapi untuk mengelakkan bakteria membiak dengan riang gembira pada suhu bilik. Bakteria sangat cepat membiak pada suhu 5 C sehingga 60 C. Oleh itu, kita mudah keracunan makanan jika membeli makanan yang sudah sejuk.

Belilah makanan yang dihidangkan di atas Bain Marie yang berfungsi dan dapat mengekalkan suhu 70 C ke atas. Untuk lebih selamat, pesanlah makanan panas atau sup yang menggelegak. Biar mati semua bakteria! 


Elakkan membeli makanan yang sudah sejuk terutamanya makanan yang sudah tersedia lebih daripada 4 jam. Bakteria pasti sudah bermaharajalela di atas makanan dalam tempoh tersebut. Risiko keracunan makanan sangat tinggi jika kita membeli lauk sarapan pagi pada waktu tengahari atau membeli lauk tengahari pada waktu petang/malam terutamanya makanan yang tidak dihidangkan di atas Bain Marie


Ramai peniaga yang menghidangkan makanan di atas Bain Marie tetapi tidak memastikan suhu pemanas itu lebih 70 C. Ada juga yang hanya menghidupkannya pada waktu tengahari dan mematikannya pada waktu malam walaupun masih ada lauk terhidang di situ. Segelintir peniaga pula menghidangkan lauk sarapan pagi sampailah ke malam! 

Mereka mungkin hanya mengutamakan keuntungan. Maka, kitalah yang harus bijak memilih. Pilihlah makanan yang segar dan panas. Jangan biarkan makanan kita beracun!

Sumber:
Kuliah 'Food Safety' oleh Dr. Norazlanshah, UIAM Kampus Kuantan

22 April 2013

Tak makan sayur boleh cacat?


Nampak menakutkan dan lebih menakutkan lagi, kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir! Spina Bifida merupakan salah satu kecacatan Tiub Saraf yang paling kerap berlaku; 1-2 kelahiran dalam 1000 kelahiran (purata dunia)


Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul. Proses ini berlaku semasa di dalam kandungan.


Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.

Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai  
ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!

Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat/asid folik bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • 1 jagung saiz besar


*Para ibu yang kekurangan asid folik harus mengambil pil suplemen asid folik pada awal kehamilan (sila dapatkan nasihat doktor)



Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap.

Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan suplemen Asid Folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya pada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah suplemen Asid Folik atau makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!

Oleh itu, makanlah sayur dari sekarang dan pastikan anda tidak kekurangan asid folik!

"Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?" (Asy-Syu'araa' 26:7)


Sumber:
Brown, E. J., Nutrition Through The Life Cycle. p110
http://www.news-medical.net/health/Spina-Bifida-Epidemiology.aspx
http://www.news-medical.net/health/Spina-Bifida.aspx
http://www.babycenter.com.my/a1033084/mengapa-asid-folik-diperlukan
http://www.mayoclinic.com/health/spina-bifida/DS00417/DSECTION=complications
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...