Sebiji telur mempunyai 5.8g lemak, 5.2g terdapat pada kuning
telur dan selebihnya terdapat pada putih telur. Jadi kita tahu kuning telur
mempunyai lemak yang sangat tinggi! Kualiti sesebuah telur menurun sementelah
ia keluar dari perut ayam. Oleh itu, cara dan tempoh penyimpanan menjadi faktor
kesegaran telur ayam.
Telur mempunyai rongga yang mikro kecil agar anak ayam yang
sedang membesar itu dapat bernafas. Semakin lama telur itu, semakin besar rongga pada
telur. Ini menyebabkan bakteria daripada luar senang masuk ke dalam telur dan
berkampung di dalam dan menyebabkan keracunan makanan. Selain itu, air daripada putih telur pula akan tersejat dan menyebabkan
berat telur berkurangan. Ruang udara (air space) dalam telur juga membesar kerana putih
telur yang berkurangan.
Membran/lapisan pada telur yang melekat pada kulit telur (shell) juga akan terlepas apabila ia semakin lama. Ini menyebabkan putih telur itu lebih tersebar berbanding telur segar.
Selain itu, telur yang disimpan sehari di luar peti sejuk lebih cepat
hilang kesegarannya berbanding menyimpan telur seminggu di dalam peti sejuk
Bagaimana nak tahu telur itu sudah lama?
Beberapa tips untuk mengetahui kesegaran telur.
1. Telur yang segar mempunyai putih telur yang
kental dan membulat cantik (apabila dipecahkan) manakala putih telur yang sudah
lama lebih cair dan tersebar (spreading
out). Kuning telur pula berada di tengah telur dan lebih tinggi sebaliknya ia berada di luar
pusat dan leper jika telur itu lama.
2. Rebus telur dan kupas. Sekiranya ruang udara di atas telur itu besar, bermakna telur itu sudah lama
3. Rendam telur di dalam bekas yang besar.
Sekiranya telur tenggelam melintang di dasar bekas/balang, bermakna telur itu
masih segar. Sekiranya telur itu menegak dan terapung, telur itu sudah lama
kerana sudah kekurangan berat akibat penyejatan air.
Jawapannya adalah ayam. Allah menciptakan dahulu makhluk di
bumi bukan biji bijian dan telur-telur. Begitu juga manusia. Allah menciptakan
Nabi Adam a.s sebagai seorang manusia yang sempurna bukan bayi kecil yang masih
tidak tahu apa-apa.
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(An-Nuur 24:45)
Hal ini terbukti seperti yang dilaporkan MailOnline, para penyelidik, antaranya Dr. Colin Freeman daripada Jabatan Jurutera dan Bahan (Department of Engineering Materials), Universiti Sheffield, London mendapati
pembentukan kulit telur bergantung kepada satu protein yang hanya ditemui di
dalam ovari ayam.
Ini bermaksud, telur hanya boleh terbentuk jika berada di dalam ayam. Protein yang disebut ovocledidin-17 (OC-17) bertindak sebagai katalis/enzim untuk mempercepat pembangunan kulit telur itu.
Ini bermaksud, telur hanya boleh terbentuk jika berada di dalam ayam. Protein yang disebut ovocledidin-17 (OC-17) bertindak sebagai katalis/enzim untuk mempercepat pembangunan kulit telur itu.
Cengkerang keras penting sebagai tempat bagi kuning dan
putih telur. Para saintis dari universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan
super komputer untuk men-'zoom in'
pembentukan telur. Komputer yang disebut HECTOR itu mendedahkan OC-17 penting
dalam memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.
Subhanallah. Selamat memakan telur yang segar!
Sebarang persoalan boleh komen! ^^
Sumber:
Kuliah 'egg' oleh Puan Suwaibah, UIAM Kampus Kuantan
http://www.deliaonline.com/how-to-cook/eggs/how-to-tell-how-old-an-egg-is.html
http://www.sheknows.com/food-and-recipes/articles/4754/how-long-do-eggs-stay-good-in-the-refrigerator
http://www.nydailynews.com/news/world/chicken-egg-chicken-researchers-article-1.464198
http://virtualfriends.net/discussion/thread.cfm?TID=101291
http://mforum3.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=679548
Mengapa telur busuk kurang tumpat Dari telur Segar
ReplyDeletekerana sudah kekurangan berat akibat penyejatan air dalam telur melalui pori kulit telur
Delete