25 April 2013

Susu itu Hebat

 
Apabila ke pasaraya, berkotak-kotak susu kotak di atas rak yang berbentuk kotak. Ada yang berperisa coklat, strawberry, kopi atau susu sahaja. Ramai orang (dewasa terutamanya) tidak suka meminum susu walaupun semua tahu bahawa susu itu sangat baik untuk tulang. Mungkin kerana rasanya yang muak dan membosankan.


Susu merupakan sumber utama kalsium; penting untuk tumbesaran pada kanak-kanak dan pembentukan tulang yang kukuh bagi orang dewasa. Dengan bantuan Vitamin D daripada cahaya matahari, penyerapan kalsium di dalam usus lebih berkesan! Sebaliknya, jika susu diminum bersama teh atau kopi (tinggi kafein), penyerapan kalsium akan terganggu.

Apakah produk susu yang terdapat di pasaran? Jom kenali mereka!

1.  Susu UHT (UltraHigh Temperature Milk)

·        Dihasilkan melalui proses ultra-pempasteuran; Susu dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi  (135 C – 149 C) dalam masa yang singkat iaitu 2-4 saat sahaja. Kemudian, susu terus disejukkan, dibungkus dan disterilkan (bungkusan distim supaya kuman mati)

mesin pempasteuran. BESAR!

·        Suhu tinggi sangat penting untuk membunuh kuman di dalam susu tetapi harus dipanaskan sekejap sahaja untuk mengelakkan susu itu berketul-ketul
·        Jika kotak susu tidak dibuka, susu UHT boleh tahan di luar peti selama 3 bulan.
·        Rasanya lain sedikit, lebih putih dan lebih mahal kerana tiada bakteria!

2.  Susu Skim (Skimmed Milk)
·        Hampir kesemua lemak dalam susu dibuang (lemak terkandung kurang daripada 0.5%)
·        Rasa susu sangat kurang. Tak sedap. Hehe

3.  Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
·        50%-60% lemak dalam susu dibuang. Ada rasa sedap sikit lah.

4.  Susu Cair (Evaporated Milk)
·        60% air disingkirkan

 
5.  Susu Pekat Manis (Condensed Milk)
·        Proses sama seperti Susu Cair tetapi 40% gula di tambah; Lebih manis.

6.  Susu Tepung
·        Kesemua air disingkirkan untuk meningkatkan jangka hayat

7.  Whip Cream
·        Merupakan susu yang mempunyai banyak titisan lemak; 36% lebih banyak lemak daripada susu biasa
·        Mengandungi banyak vitamin A tetapi kurang kalsium separuh berbanding susu penuh krim.
·        Cara mengasingkan krim dari susu: Susu mentah segar dari ladang (raw milk) di tinggalkan dlm bekas tinggi semalaman pada suhu bilik. Krim akan terapung di permukaan dan akan dikumpulkan

krim terapung atas susu 

8.   Mentega (Butter)
·        Dihasilkan daripada krim yang digoncang dan dikacau
·        Akhirnya krim terpisah kepada cecair dan pepejal mentega

krim digoncang atau dikacau

9.   Minyak Sapi (Ghee)
·        Dihasilkan melalui pencairan mentega dibawah suhu yang sederhana. Minyak yang terhasil akan dikumpulkan manakala ketulan susu akan dibuang.

minyak dikumpulkan, ketulan susu dibuang
  
10.  Yoghurt 
·        Terhasil melalui pembekuan susu - susu membeku kerana aktiviti bakteria dalam susu
·        Campuran pelbagai jenis susu bersama BAKTERIAAAA
·        Proses yang sedikit complicated[klik]

11.  Keju


·        Susu mempunyai dua protein; Curd (pepejal) dan Whey (cecair)
·        Apabila susu dipanaskan, dicampurkan dengan enzim Rennin dan cuka dan dibiar lama untuk beberapa jam, susu akan terpisah kepada Curd dan Whey
·        Pepejal susu (Curd) akan terhasil manakala Whey akan dibuang. Curd itulah dijadikan keju.


curd (pepejal kuning), whey (cecair putih)
Sebenarnya, ada banyak lagi jenis susu produk yang lain! 
Kalau mahu lebih terperinci, boleh google!
Apa yang penting, tahu beza jenis susu di pasaran!

Susu adalah ciptaan Allah yang sangat hebat! mempunyai banyak khasiat dan mengenyangkan. Rasulullah bersabda; "Tidak ada sesuatu yang boleh berfungsi sebagai makanan sekaligus minuman melainkan susu" [Riwayat At-Tarmizi dan Ahmad]


Allah juga menukilkan di dalam Al-Quran tentang kekuasaanNya menciptakan susu yang sedap dan mudah diminum berbanding buah-buahan atau tumbuhan lain yang perlu diproses dahulu untuk mendapatkan jusnya. Subhanallah!

 
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.(Al-Nahl 16:66)

Sumber:
Kuliah 'Milk' oleh Pn Suwaibah, UIAM Kampus Kuantan
http://eatinonthecheap.com/2011/08/10/separating-the-curds-from-the-whey-cheese-making/
http://www.wikihow.com/Make-Yogurt 
Rusydi Ramli Al-Jauhari. Biografi Agung Rasulullah. p.190. mustread publication

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...