Apakah perasaan anda jika anda ternampak sehelai rambut dalam makanan anda? Pasti menjijikkan dan ada yang akan hilang selera makan. Tapi tahukah anda dalam makanan seharian anda sebenarnya terkandung rambut manusia? Rambut manusia diproses untuk dijadikan salah satu bahan ramuan dalam makanan iaitu L-cysteine.
Apakah L-cystein?
L-cystein ialah sejenis asid
amino yang biasanya digunakan di dalam makanan, ubatan dan kosmetik. Dalam pembuatan roti, L-cystein
digunakan untuk mengurangkan tempoh adunan doh, menghentikan pengecutan kerak
pizza selepas dinipiskan dan menjadikan doh tidak mudah melekat. Selain itu,
L-cystein juga digunakan sebagai komponen untuk menghasilkan bahan perisa
berdaging seperti ayam dan lembu.
Walaupun L-cystein terdapat dalam
pelbagai jenis makanan, namun biasanya ia tidak akan disenaraikan sebagai bahan
ramuan pada label kerana ia tidak dianggap sebagai penambah makanan tetapi
sebagai bantuan dalam pemprosesan.
L-cystein digunakan dalam pembuatan roti |
Sumber L-Cystein?
Pada masa ini, hampir 80% daripada L-csytein
yang digunakan diseluruh dunia diperolehi dari China. Rambut didapati daripada kedai-kedai tukang rambut dengan mengumpul rambut-rambut di lantai. kemudian diproses, diekstrak L-cystein yang terdapat padanya sebelum dimasukkan dalam makanan.
Rambut manusia kaya dengan dua
jenis asid amino, iaitu L-cystein dan L-tyrosine. Terdapat sebanyak 14%
L-cystein dalam rambut manusia. Dalam proses penghasilan L-cystein, keratin
daripada rambut manusia diekstrak dengan menggunakan asid hidroklorik dan air.
Selepas beberapa proses tertentu, keratin bertukar menjadi L-cystein. Selain rambut manusia, bulu ayam juga merupakan sumber L-cystein.
L-cysteine selepas diekstrak |
Kegunaan L-cysteine dalam makanan adalah dibenarkan di negara kita. Menurut Jadual Kesebelas Peraturan Makanan 1985, bahan ini dibenarkan penggunaannya dalam tepung gandum dan tepung berprotein tinggi. Tepung-tepung ini biasanya digunakan dalam pembuatan roti, kuih-muih dan digunakan juga dalam masakan.
Pandangan Islam
Menurut hukum syarak,setiap
bahagian manusia adalah haram dimakan oleh umat islam. Setiap bahagian tubuh
manusia adalah mulia dan tidak boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya. Tepung atau sebarang makanan yang mengandungi L-cystein daripada rambut manusia adalah haram dima kan! Walaupun ada kemungkinan ia bersumberkan daripada bulu ayam yang halal, kegunaan L-cystein dalam makanan adalah satu keraguan kerana besar kemungkinan ia diperolehi daripada rambut manusia
(Disunting oleh Kopiah Hijau)
Sumber:
Consumers Association of Penang, 2006. Halal Haram: An Important Book for Muslim Consumers : a Guide
assalamualaikum.. bagaimana untuk kita mengetahui yang roti tersebut mengandungi L-cystein yang sumbernya daripada rambut manusia ? roti dan pizza di malaysia kebanyakannya mengandungi halal daripada jakim .
ReplyDelete