02 April 2016

6 Tips Jauhi Penyakit Sakit Jantung






Tahukah anda, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu Malaysia? Menurut statistik di Malaysia, setiap 300 orang seorang akan mati sakit jantung. Ini sangat menakutkan kerana penyebab sakit jantung berpunca akibat sikap sambil lewa dalam menjaga pemakanan.

Penyebab utama sakit jantung adalah akibat jumlah lemak tepu dan kolesterol yang terlalu tinggi di dalam darah. Ia akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya sakit jantung. Disini saya ingin kongsikan 10 tips untuk mengelakkan diri daripada mendapat risiko sakit jantung. Insya Allah!



artikel berkaitan: kolesterol jahat vs kolesterol baik


1. Kurangkan Makanan bergoreng


Makanan bergoreng seperti nasi goreng, sayur goreng, ikan goreng, pisang goreng, pau goreng dan semua jenis makanan bergoreng haruslah dikurangkan. Mungkin dalam 2 jenis makanan bergoreng sahaja sehari?

Selang seli kan dengan masakan yg kurang menggunakan minyak seperti makanan berasaskan panggang, sup, rebus, kukus, stim, bakar. Untuk sayuran, lebih baik makan ulam-ulaman atau masak air.



2. Kurangkan Makanan Tinggi Kolesterol dan Lemak Tepu


Sekiranya anda banyak memakan makanan seperti yang disenarakan di bawah, inilah masanya untuk anda muhasabah tentang kesihatan jantung anda terutamanya semasa tua nanti!

Makanan tinggi kolesterol:

  • Makanan laut (kerang, udang, ketam, sotong)
  • Kepala ikan
  • Otak lembu, kambing dll
  • Kuning telur
  • Kulit, kepak dan kaki ayam
  • Lemak ayam, lembu dan kambing
  • Organ dalaman (paru, hati, jantung, limpa dll)

Makanan tinggi lemak tepu:


  • Makanan/kuih berasaskann santan (cendol, kuih santan dll)
  • Minuman/makanan yang mengandungi susu cair atau susu pekat
  • Makanan bergoreng
  • Kuih atau biskut yang menggunakan mentega, butter, minyak sapi
  • Donut, kek, mufin, pastri
  • Aiskrim
  • Jem Kaya
  • Mayonis dan thousand island

Makanan di atas bukanlah tidak boleh dimakan langsung. Tetapi perlulah dihadkan dalam satu ke dua kali seminggu


3. Tukar Minyak Masak Kelapa Sawit kepada Pilihan Lebih Sihat


Minyak masak sayuran seperti minyak zaitun, kanola dan kacang tanah mengandungi lemak sihat yang lebih tinggi yang boleh meningkatkan kolesterol baik. Tetapi disarankan untuk menggunakan minyak ini untuk menumis sayur atau semasa memakan salad sahaja. Minyak masak ini tidak sesuai untuk menggoreng lauk (deep fried) kerana smoke point yang rendah. Baca lebih lanjut disini (KLIK)

Untuk menggoreng, minyak masak yang lebih baik ialah minyak masak campuran (biasanya dijual dengan penutup merah di pasaran Malaysia). Ia merupakan campuran minyak sawit dan minyak kacang tanah. Minyak masak ini mengandungi lemak tepu yang lebih rendah berbanding minyak masak kelapa sawit biasa

artikel berkaitan: Minyak masak boleh guna semula 80 kali! 


4. Banyakkan Memakan Serat Tak Larut

 

Makanan tinggi serat tidak larut berkebolehan untuk mengurangkan kolesterol di dalam badan terutamanya oat dan barli. Bahan aktif yang terkandung di dalam oat yang berfungsi menurunkan kolesterol adalah beta-glucan. Terdapat banyak produk di farmasi atau pasaran yang menjual produk oat yang tinggi dengan beta glucan berbanding dengan produk biasa. Antaranya ialah OAT BG22, NH Oat-Plus 26 dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, dengan memakan oat atau barli, anda masih boleh mendapatkan manfaatnya. Dengan 2 cawan oat sehari (4-5 sudu besar oat untuk satu cawan), anda boleh mendapatkan beta glucan yang mencukupi.

 


5. Banyakkan Bersenam


Bersenam dapat meningkatkan kolesterol baik di dalam badan yang berfungsi untuk membersihkan kolesterol jahat daripada saluran darah. Kita disarankan untuk bersenam sekurang-kurang 30 minit 5 hari seminggu. Sekiranya anda kekurangan masa untuk bersenam, pastikan aktiviti seharian anda aktif. Contohnya menaiki tangga, berdiri semasa menaiki kenderaan awam ke kerja atau membersihkan rumah.

Banyak kajian membuktikan bahawa duduk sepanjang hari boleh meningkatkan risiko sakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi malahan kanser! Oleh itu, sangat penting untuk anda kekal aktif sepanjang hari.

6. Amalkan Pinggan Sihat


Tahukah anda apa itu pinggan sihat? Senang sahaja untuk ingat. Separuh sayur (ambil dua jenis; satu jenis buah, satu jenis daun), 1/4 nasi dan 1/4 lauk. Untuk pemilihan lauk dan sayur, pilihlah yang sihat berpandukan tips nombor 1 dan 2.

Dengan pengamalan pinggan sihat semasa makan, bukan sahaja anda boleh kurangkan risiko sakit jantung, malahan kenaikan berat badan juga boleh dielakkan!

artikel berkaitan: Duduk lama meningkatkan risiko sakit belakang


Kesimpulan


Sekarang mungkin nampak sihat lagi badan. Tapi kita tak tahu macam nanti apabila umur 50-60 tahun. Jagalah jantung sekarang, jangan tua nanti baru nak habiskan ribuan ringgit untuk rawatan jantung dek kerana tak jaga jantung sebaiknya semasa muda!


Sumber
Malaysia: Coronary Heart Disease 
MayoClinic: Risk of Sitting 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...