Umum mengetahui gula merupakan bahan pemanis yang paling
universal. Ia sesuai digunakan dalam pelbagai jenis minuman, masakan, kuih muih
dan banyak lagi tanpa meninggalkan sebarang rasa yang pelik selain daripada
manis!
Namun begitu, gula memberikan kesan yang tidak baik kepada
kesihatan sekiranya digunakan berlebihan. Gula a.k.a glukosa dapat meningkatkan
risiko diabetis, obesiti seterusnya pelbagai komplikasi yang lain.
Sekiranya anda adalah pesakit diabetis, penggunaan bahan
pemanis dalam minuman dan makanan haruslah dikurangkan! Lebih selamat untuk
tidak terus memakan atau meminum makanan yang manis!
Jangan risau, terdapat banyak jenis bahan pemanis alternatif
di pasaran selain daripada gula. Bahan pemanis selain daripada sukrosa (gula
biasa), fructose corn syrup dan madu adalah dikenali sebagai pemanis tiruan. Ia
mempunyai kalori yang lebih rendah dan bagus untuk mengawal kadar gula dalam
darah.
Sekiranya anda ingin minum manis tapi pada masa yang sama
ingin mengurangkan risiko diabetis – atau dalam kata lain, minum manis secara
sihat – berikut adalah antara bahan pemanis tiruan yang mempunyai kalori lebih
rendah berbanding gula biasa – yang biasanya dapat ditemui di pasaran.
1. Stevia
Stevia diekstrak daripada sejenis tumbuhan yang
dikenali sebagai Stevia Rebaudiana yang mempunyai rasa yang manis. Ia biasanya dijual
di pasaran dalam bentuk serbuk. Terdapat juga syarikat yang mengeluarkan produk
minuman dan makan menggunakan pemanis daripada stevia.
Stevia mempunyai kosong kalori! Namun begitu, Stevia
mempunyai rasa sedikit pahit. Oleh itu, pengeluar biasanya akan menambah
sedikit bahan pemanis semulajadi seperti dekstros atau maltodekstrin untuk
mengurangkan kesan rasa pahit.
Ini akan memberi kesan kepada kadar kalori stevia tetapi
hanya sedikit sahaja. Kebiasaannya satu sudu teh stevia mempunyai 5 kalori. Berbanding gula, 20 kalori! Stevia adalah 200 ke 300 lebih manis berbanding
gula! oleh itu, hanya sedikit sahaja jumlah yang diperlukan untuk mencapai
manis seperti gula.
2. Aspartame (Equal®, Nutrasweet ®)
ada yang berbentuk serbuk, ada juga yang pil |
200 lebih manis berbanding gula dan paling banyak digunakan
dalam produk makanan seperti minuman bergas tanpa gula (sugar free soft
drink/diet coke), pemanis dalam ubat hisap, jeli dll. Aspartame tidak sesuai
digunakan untuk memasak kerana tidak stabil semasa dipanaskan. Ia akan berasa sedikit
pahit apabila makanan sudah lama dalam simpanan. Sebagai contoh minuman bergas
menggunakan aspartame, apabila lama disimpan dalam peti, ia akan mempunyai rasa sedikit
pahit. Ia berlaku kerana ketidakstabilan pemanis tersebut.
Equal® merupakan antara jenama aspartame yang terkenal.
Walaupun ia tidak mempunyai kalori, sekiranya anda memeriksa label pada
bungkusan Equal® jangan terkejut jika anda mendapati pemanis ini mempunyai 4
kalori setiap saket kecil! Ia adalah kerana, ia dicampurkan dengan sedikit
bahan pemanis asli seperti dekstrosa dan maltodekstrin yang menyebabkan kalori
dalam pemanis itu bertambah tetapi tidaklah terlalu banyak berbanding sesudu
the gula.
Sekiranya anda berkunjung ke restoran Secret Recipe, mereka
juga ada menyediakan saket kecil yang mengandungi aspartame. Anda bolehlah
mencubanya untuk memaniskan minuman anda tanpa menambah kalori dengan banyak!
3. Saccharin (Sweet ‘N Low ®, Sweet Twin ®, Sugar Twin ®)
Saccharin merupakan bahan pemanis tertua yang ditemui pada
tahun 1879 secara tidak sengaja oleh Constantine Fahlberg. Penemuan itu
disedari apabila beliau terlupa untuk membasuh tangan daripada makmal sebelum makanan
tengahari. Apa yang berlaku, roti yang dimakannya berasa manis! Sejak daripada
itu, Fahlberg mempaten dan mengeluarkan produk saccharin secara besar-besaran 5
tahun kemudian.
Pemanis ini 300 lebih manis daripada gula. Oleh itu ia
digunakan hanya dalam kuantiti yang sangat kecil dan juga mengandungi tiada
kalori!
4. Sucralose (Splenda®)
Sucralose merupakan bahan pemanis yang paling manis. 2 kali
lebih manis daripada saccharin, 3 kali lebih manis daripada aspartame dan 600
ratus kali lebih manis daripada gula! Ia juga merupakan pemanis yang paling
stabil pada suhu yang tinggi. Oleh itu, ia banyak digunakan dalam produk-produk
makanan yang memerlukan suhu yang tinggi seperti kek bakar dll.
5. Acesulfame-K (Sunett®, Sweet One®)
200 kali lebih manis daripada gula, ia juga tidak mempunyai
kalori seperti bahan pemanis lain kerana ia tidak diproses dalam badan. Selain
daripada digunakan sebagai serbuk bahan pemanis, ia turut digunakan dalam
produk farmaseutikal, produk pembersih mulut serta produk makanan dan minuman.
Acesulfame-K biasanya akan dicampur dengan bahan pemanis
lain yang tiruan mahupun yang asli. Ia akan disenaraikan dalam senarai ingredient pada label sebagai
“acesulfame potassium”
Gula Alkohol
Terdapat juga pemanis tiruan daripada gula alcohol (sugar alcohol). Bukanlah ia berasal
daripada ethanol atau minuman yang memabukkan Cuma struktur kimia gula tersebut
mempunyai bentuk alkohol.
Secara teknikalnya, gula alkohol bukanlah sejenis gula. Oleh
sebab itu produk yang menggunakan pemanis ini akan meletakkan label “TIADA GULA
TAMBAHAN” atau “SUGAR FREE”. Namun ia masih mempunyai kalori sebab itu anda tidak
boleh makan dengan banyak.
Antara contoh gula alkohol ialah Sorbitol, Xylitol, Isomalt,
Mannitol, Hydrogenated Starch Hydrolysates (HSH). Kebanyakan daripada gula
alkohol ini digunakan dalam farmaseutikal dan ubat gigi.
Kekurangan?
Beberapa kekurangan pada pemanis-pemanis tiruan (artificial sweetener) ini adalah harga yang mahal dan tidak banyak ditemui di kedai-kedai kampung. Kalau pasaraya besar mungkin ada.
Sekiranya ada ahli keluarga anda atau anda sendiri mempunyai risiko diabetis, atau ingin menguruskan badan tetapi suka untuk meminum, memakan makanan manis, boleh lah membeli produk makanan yang menggunakan pemanis tiruan ini. Atau pun membeli serbuk pemanis tiruan untuk minuman anda.
Sumber:
Terjumpa blog anda dari sini: http://ibugulanano.blogspot.com/ post yang menarik. Tapi sebenarnya, aspartame, sucralose, saccharin semua tidak elok. Stevia pemanis lebih baik. Saya pengguna stevia Dr Sweet. Produknya bagus. http://drstevia.blogspot.com/
ReplyDeleteperkongsian yg sgt menarik. tak pernah pula tahu pasal pemanis tiruan ni ada banyak jenis. :)
ReplyDeleteTerima kasih.. Teruskan membaca blog Ubatpensil :)
Delete