13 February 2015

5 sumber Kalsium Selain Susu

 

30 tahun sahaja untuk kuatkan tulang


Tahukah anda, setiap manusia hanya mempunyai umur sehingga 30 tahun sahaja untuk menguatkan dan memantapkan tulang?
Semua tahu, kalsium sangat penting untuk menguatkan tulang. Namun, penyerapan kalsium ke tulang hanya efektif semasa bayi sehinggalah umur 30-an.

Selepas umur 30-an, badan sudah tidak mampu untuk menyimpan kalsium yang mencukupi di dalam tulang untuk menguatkannya. Sebanyak mana kalsium yang anda simpan semasa muda, sebanyak itulah yang simpanan kalsium di dalam badan anda sampai tua nanti.

Sekiranya tulang kekurangan kalsium, anda berisiko tinggi untuk mendapat osteoporosis, tulang rapuh dan mudah patah semasa tua nanti.

Bagaimana Tulang Boleh Kekurangan Kalsium?

 

Kalsium bukan untuk tulang sahaja. Berikut adalah antara kegunaan kalsium:

  • Menguatkan gigi
  • Membekukan darah untuk tujuan penyembuhan luka
  • Membantu dalam melancarkan pergerakan otot dan sistem saraf
  • Membantu sel-sel dalam badan berhubung

Badan tidak akan menganggu simpanan kalsium dalam tulang sebaliknya bergantung dengan sumber kalsium daripada makanan untuk fungsi seperti di atas. Apa yang terjadi jika makanan yang kita ambil itu kurang dengan kalsium?

Badan sebaliknya akan menyerap kalsium daripada tulang. Lambat laun selepas berumur 30-an, tulang akan mula kekurangan kalsium dan semakin rapuh (osteoporosis). Anda tidak mahu tulang rapuh dan mudah patah semasa tua nanti, anda perlu mantapkan tulang anda dengan kalsium bermula daripada sekarang!

Tulang semakin berlubang, rapuh dan mudah patah

 

Majoriti Penduduk Malaysia Alah kepada Susu?


Ramai yang mengatakan susu merupakan makanan yang paling berkesan menguatkan tulang. Masalah berlaku apabila anda tidak suka minum susu kerana selepas meminumnya, perut akan berangin, rasa mual dan paling teruk cirit birit. Jangan risau, anda tidak berseorangan kerana 80-90% penduduk Malaysia mempunyai masalah yang serupa, iaitu Lactose Intolerance.

Lactose intolerance atau Alahan Laktosa merupakan satu keadaan tubuh yang tidak boleh mencerna sejenis gula yang terdapat di dalam dalam susu iaitu laktosa kerana kekurangan sejenis enzim lactase. Alahan Laktosa merupakan sejenis masalah genetik yang berlaku pada majoriti penduduk asia. 

Susu Sumber Utama Kalsium?

 

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan setiap orang dewasa memakan sekurang-kurangnya 800 mg kalsium setiap hari, bersamaan dengan lebih kurang 2 gelas setengah susu. Bagaimana hendak mencapai saranan ini sekiranya anda alahan susu? Anda juga tidak mahu tulang yang rapuh semasa tua nanti!

Berita baik untuk mereka yang alahan susu atau mungkin tidak suka minum susu, ia bukanlah satu-satunya sumber kalsium untuk menguatkan tulang. Anda masih boleh mendapatkan kalsium mencukupi melalui sumber makanan lain.

5 Makanan yang Tinggi Kalsium Selain Susu

 

Berikut adalah makanan tinggi kalsium beserta jumlah kalsium yang terkandung di dalamnya:

  1. Secawan brokoli mengandungi 180mg kalsium
  2. Secawan bayam sudah di masak mengandungi 240mg kalsium
  3. Secawan buah tin kering mengandungi 300 kalsium, seperti satu gelas susu
  4. Segelas jus oren diperkaya kalsium juga mengandungi 300 kalsium!
  5. 1/6 sardin tin (2 setengah potong saiz sederhana) mengandungi 226mg kalsium

Salah satu produk jus oren diperkaya kalsium yang terdapat di Malaysia

Ingat, 800mg kalsium setiap hari untuk tulang sihat! Mungkin sekali makan sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kalsium sehari. Oleh itu, anda perlu memakan pelbagai makanan kaya sumber kalsium untuk mencapai 800mg jumlah sehari. Jom kuatkan tulang bermula daripada sekarang!

Sumber:

1 comment:

  1. Salam...tq sharing info nie..sy follow blog nie ye :)
    Sudi2la dtg blog sy ye..tq ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...